Pengikut

Khamis, 31 Oktober 2013

AL KISAH RUMAHTANGGA


KISAH SUAMI BERKIRA (KEDEKUT)

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.
“Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…
“Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!”
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,
“Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?”
Isterinya tidak menjawab… dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua
pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..
“Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?” sambil menunjuk kedalam cermin…
“Itu adalah kepunyaanmu… dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !”
sumber: gelihati.blogspot.com
pengajaran: tak perlu la berkira sangat dengan isteri...bila cantik,isteri siapa? bila buruk pun isteri siapa


ISTERI DICERAIKAN GARA-GARA CIUM KUDA


Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi diceraikan suaminya yang cemburu selepas dia melihat sekeping gambar isterinya mencium kuda dimuat naik di lama sosial.

Wanita tanpa nama itu bagaimanapun tidak menyesal atas perbuatannya mengambil gambar ‘sedang mencium kuda’ ketika berada di ladang ternakan di Riyadh dan menyifatkan suaminya cemburu tidak bertempat.
Akhbar Sada melaporkan suami wanita itu berang selepas melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial kemudian menceraikan pasangannya.

Tindakan keterlaluan

“Dia nampaknya terlalu cemburu terhadap isterinya, sehingga mencium kuda pun dianggap keterlaluan,” kata akhbar itu.

Wanita berkenaan juga bertegas bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada suaminya kerana apa yang dilakukannya bukan di luar batasan, malah menyalahkan suaminya yang tidak tahu membezakan antara haiwan dan manusia.

Beliau turut bangga dengan gambar itu berikutan ia hanyalah luahan perasaan ‘sayang’ terhadap haiwan itu. AGENSI
DIAMBIL DARI PETIKAN KLUANG TODAY

Ulasan..:apa jenis cemburu nie............

Rabu, 30 Oktober 2013

Sabtu, 26 Oktober 2013

Artikel Pilihan: Anak Cerdik Mula Pada Usia 7 Tahun

Artikel Pilihan: Anak Cerdik Mula Pada Usia 7 Tahun: Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan...

Sabtu, 19 Oktober 2013

percutian ke tioman

Gambar percutian 2013 di tioman,kesimpulannya pulau tioman memang cantik bersih.Rasanya mcm tak cukup bercuti 3 hari 2 malam kat sana ..

kami stay dekat kg sini ..perhentian yg ketiga boat...sb pergi ramai2 murah sikit .,kami ambil pakage tanpa makan so cari sendiri la...

 

Yg atas tu adalh pekan tioman ...klu dr tempat kami stay tu mmglah jauh sb kena lalu bukit ,lepas tu naik 4fwd ke pekan ,klu tak naik 4fwd pun boleh tapi letihlah nak jln...yn 2 org tu anak sedara ngan anak kami ..seronok tgk 2 org nie..anak kami sibuk nak main air laut..air lautnya jernih gila..baling duit syiling pun nampak...




inilah serba sikit gmbr kat p.tioman..gmbr yg sebelah ambil dr bukit jln nak ke tekek...
nampak jernih air laut tu....







ini anak kami dgn anak kwn ..suka dia bila ada kwn kat sana ..mlm terakhir kat sana ...rasa nak pergi lagi..........

Jumaat, 18 Oktober 2013

khasiat cuka epal

lebih kurang 2 minggu lepas Hb diserang gout..maka berpantanglah kami satu rumah,Kerana kesian dia sy pun tak makan lah seafood dan kekacang .Kesian tgk dia menahan sakit ,jln pun susah,Menurut doktor dia perlu berehat,
tetapi dah namanya kerja sendiri ,ada kerja adalah duit ,jd terpaksalah kerja dgn keadaan yg sakit ..maka saya pun carilah maklumat tentang penyakit gout dlam internet ..dlm byk pencarian sy tu jumpa lah satu blog yg mencerikan pasal cuka epal yg boleh membuang toksik dlm badan dan salah satunya penyakit gout..
dulu sy pernahlah beli sb nak buat jeruk bawang putih ..masa nak beli tu perkerja giant tu kata nie bagus utk kesihatan ..caranya campur dlm air masak 1 1/2 sudu tea  aje dan minum sebelum tido..adalah amalkan selama seminggu .tapi disebabkan sy nie ada gastrik terus berhenti....kebetulan lak mak dtg rumah dan dia tanyala pasal cuka tu...sb rumah mak jauh dr bandar sy pun bglah kat mak...Masa tak tahu lg yg baik pd gout..
bila nak baca tentang kebaikan cuka epal nie ..apa lg beli lah lg kat giant ,dan terus amalkan hingga hari nie ..memang terasa perbezaannya ..bangun pg segar dan tak sakit tumit lg...